Home > Uncategorized > GOLD INVESTMENT ACCOUNT PUBLIC BANK (GIA PB)

GOLD INVESTMENT ACCOUNT PUBLIC BANK (GIA PB)

gold_v

1. Public Bank telah menawarkan satu pelaburan berdasarkan pergerakan sebenar harga jualan dan belian emas. Investment Account Public Bank adalah salah satu kaedah pelaburan emas secara maya (non-fizikal gold).

2. Tanpa melibatkan emas fizikal, kita dapat melabur ke dalam akaun tersebut dan menjana keuntungan daripadanya. Nilai urusan jual beli emas hanya dicatatkan di dalam buku akaun sahaja. Emas fizikal tidak dapat dilihat dan dipegang.

 

Cara Membuka Gold Investment Account Public Bank

1. Pertama sekali pergi ke mana-mana cawangan Public Bank yang terdekat. Jumpa pegawai ‘customer servis’ dan bagitau anda mahu buka akaun Gold Invenstment.

2. Jika anda tidak mempunyai akaun semasa di Public Bank, anda dikehendaki membuka akaun semasa terlebih dahulu. Sebagai contoh, anda boleh membuka Akaun Wadiah Public Bank (saving account) dengan minimum simpanan awal RM250.

 3. Untuk permulaan, minimum pelaburan adalah membeli emas sebanyak 20gram. Jika mahu menambahkan lagi pelaburan, minimum adalah sebanyak 5gram.

4. Harga belian emas ini bergantung kepada harga yang dipaparkan pada lawan web Public Bank iaitu :

 http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html 

GIA

5. Sebagai contoh, berpandukan gambarajah di atas, harga jual/selling price (bank jual kepada kita) adalah RM110.91. Jadi anda perlukan RM2,218.20 (RM110.91 X 20 gram) untuk membuka akaun Gold Invenstment ini.

6. Manakala harga beli/buying price adalah menunjukkan harga bank membeli kembali emas tersebut daripada anda.

7. Anda boleh membuat urusan jual beli emas seberapa banyak yang anda mahu tetapi anda mengekalkan minimum 2 gram emas dalam akaun anda untuk memastikan akaun anda terus aktif.

8. Bank juga akan mengenakan caj RM10 setahun jika jumlah emas di dalam buku simpanan anda kurang daripada 10gram.

 

Contoh Simulasi Pelaburan GIA

1. Katakan pada bulan Januari 2009 anda membeli 100 gram pada harga jual RM90.00 se gram. Jadi jumlah pelaburan anda adalah 100 gram X RM90 = RM9,000.

2. Anda perlu menunggu masa yang sesuai untuk menjual kembali emas tersebut untuk mendapat keuntungan.

3. Daripada gambarajah di atas, perbezaan harga jual dan harga beli adalah 3.88%. Maka untuk mendapat semula modal, kenaikan harga emas mestilah sebanyak 3.88% juga.

4. Selepas 8 bulan berlalu, harga emas se gram adalah seperti berikut :

 GIA

 5. Anda akan menjual emas anda pada harga beli iaitu RM106.60 se gram.

 6. Berapa keuntungan anda?

  • Harga beli se gram RM90.00
  • Harga jual se gram RM106.60
  • Keuntungan se gram (harga beli – harga jual) = RM16.60
  • Kuantiti emas yang anda miliki = 100 gram
  • Jumlah keuntungan : 100gram X RM16.60 = RM1,660

7. Dalam masa 8 bulan, anda boleh mendapat keuntungan sebanyak RM1,660 dengan modal yang bernilai RM9,000 sahaja. Ini bersamaan dengan 17% keuntungan.

 

Kenapa GIA?

1. Mudah untuk urusan jual beli emas.

2. Spread margin atau beza harga jual beli yang rendah. Sehingga tarikh artikel ini ditulis, spread adalah 3.88% sahaja.

3. Mudah untuk monitor harga semasa emas melalui laman web Public Bank iaitu :

 http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html

4. Risiko dirompak adalah kurang kerana anda tidak menyimpan emas fizikal tetapi hanya memiliki sebuah buku akaun yang mencatatkan kuantiti emas yang anda miliki.

 

Perkara yang penting atau perlu ada bagi membuka GIA PB

  • Duit RM250 untuk membuka Buku Akaun Wadiah PB ( Saving Account).
  • Duit RM10 untuk duit setem bagi Perjanjian Akaun Pelaburan Emas.
  • Duit untuk membeli 20 gram emas bagi permulaan GIA PB.
  • Duit RM8 bagi mereka yang nak gunakan ATM Card.

 

Source : http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/investments/gold.html

About these ads
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: