Home > Uncategorized > SYILING KIJANG EMAS

SYILING KIJANG EMAS

KijangEmas

1. Salah satu kaedah pelaburan emas fizikal di Malaysia ialah dengan membeli Syiling Emas Kijang yang dikeluarkan oleh Bank Negara.

2. Syiling Emas Kijang ini hanya boleh dibeli daripada Maybank. Walaubagaimanapun hanya cawangan tertentu sahaja yang menjualnya.

3. Syiling Emas Kijang ini adalah emas tulen 99.9% dan boleh didapati dalam 3 saiz yang berbeza iaitu 1 troy ounce (31.105 gram), ½ troy ounce (15.550 gram) dan ¼ troy ounce (7.780 gram).

 

   kijang1ounce

kijang2ounce 

 

kijang4ounce 

1 Troy ounce
99.9% purity
31.105g

1/2 Troy ounce
99.9% purity
15.550g

1/4 Troy ounce
99.9% purity
7.780g

4. Pelaburan melalui Syiling Emas Kijang ini amat menguntungkan kerana ia mempunyai spread (beza harga jual dan beli) yang rendah iaitu 3.2% sahaja bagi saiz 1 troy ounce, 5% bagi saiz ½ troy ounce dan 6.7% bagi saiz ¼ troy ounce.

5. Daripada perbezaan spread di atas, spread 1 troy ounce adalah lebih kecil daripada spread ½ troy ounce dan spread ½ troy ounce adalah lebih kecil daripada ¼ troy ounce. Oleh itu, bagi memaksimumkan keuntungan, pilihlah saiz yang lebih besar.

6. Oleh kerana Syiling Emas Kijang ini dijual oleh Bank, maka urusan jual beli hanya boleh dilakukan pada waktu bank dibuka sahaja.

7. Harga jual dan beli syiling emas ini berubah setiap hari mengikut harga pasaran dunia dan boleh didapati melalui :

 http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

8. Berikut adalah senarai harga Syiling Emas Kijang pada bulan Januari bagi tempoh 5 tahun yang lepas :

Tahun

Harga (RM)

Beza Harga (%)

2003

1,396

 

2004

1,676

20.06

2005

1,764

5.25

2006

2,070

17.35

2007

2,385

15.22

2008

2,932

22.94

9. Daripada jadual di atas, didapati purata kenaikan harga Syiling Kijang Emas bagi tempoh 5 tahun yang lepas  adalah sebanyak 16.16% setahun.

10. Pelaburan Syiling Kijang Emas ini sesuai untuk pelaburan jangka pendek, sederhana atau panjang. Anda haruslah bijak mengatur strategi dengan mengkaji corak turun naik harga emas berdasarkan prestasi emas pada masa lampau.

  

Tatacara Membeli Syiling Kijang Emas

1. Kenalpasti terlebih dahulu cawangan Maybank yang menawarkan penjualan dan pembelian Syiling Kijang Emas ini.

2. Pergi ke cawangan Maybank tersebut dan berjumpa dengan pegawai di kaunter pertanyaan, katakan kepada beliau yang anda ingin membeli Syiling Emas Kijang. Pegawai berkenaan akan membawa anda berjumpa dengan Officer Incharge.

3. Maklumkan kepada Officer Incharge tersebut untuk membeli Syiing Emas Kijang sama ada 1 troy ounce, ½ troy ounce atau ¼ troy ounce. Officer Incharge tersebut akan menunjukkan sebutharga pada hari tersebut. (contoh hari ini, diambil harga pada hari Selasa 11 Ogos 2009 = 1 oz: RM3,513)

4. Jika anda bersetuju, anda perlu membuat pembayaran harga Syiling Kijang Emas tersebut. Anda perlu membayar cash. Kad kredit tidak diterima oleh pihak Maybank.

5. Setelah membuat pembayaran, Officer Incharge tersebut akan menyerahkan Syiling Kijang Emas yang dibeli bersama-sama slip pembayaran.

6. Pastikan anda menyimpan Syiling Kijang Emas itu dengan baik dan jangan lupa juga untuk menyimpan resit pembelian, berkemungkinkan akan digunakan untuk pembuktian pembelian jika anda hendak menjualnya semula kelak.

 

Contoh Simulasi Pelaburan Syiling Emas Kijang

1. Katakan pada bulan Jun 2008 anda membeli 4 keping Syiling Emas Kijang (1 troy ounce) pada harga jual RM3,017 sekeping. Jadi jumlah pelaburan anda adalah 4 X RM3,017 = RM12,062.

jun2008

2. Anda perlu menunggu masa yang sesuai untuk menjual kembali Syiling Emas Kijang tersebut untuk mendapat keuntungan.

3. Daripada gambarajah di atas, perbezaan harga jual dan harga beli adalah 3.2%. Maka untuk mendapat semula modal, kenaikan harga mestilah sebanyak 3.2% juga.

4. Selepas setahun berlalu, pada Jun 2009 harga beli sekeping Syiling Emas Kijang adalah seperti berikut :

 jun2009

5. Anda akan menjual emas anda pada harga beli iaitu RM3,488 sekeping.

6. Berapa keuntungan anda?

  •  Harga beli sekeping RM3,017
  • Harga jual sekeping RM3,488
  • Keuntungan sekeping (harga beli – harga jual) = RM471.00
  • Kuantiti Syiling Emas Kijang yang anda miliki = 4 keping
  • Jumlah keuntungan : 4 keping X RM471.00 = RM1,884

7. Dalam masa setahun, anda boleh mendapat keuntungan sebanyak RM1,884.00 dengan modal yang bernilai RM12,062 sahaja. Ini bersamaan 15.6% keuntungan dalam masa setahun.

 

Tips :

Pastikan anda menjaga dengan baik Syiling Emas Kijang tersebut. Syiling Emas kijang yang mempunyai kesan calar atau kemek tidak akan dibeli semula oleh pihak Maybank.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: