Archive

Archive for September, 2009

PENGGUNAAN DINAR EMAS

September 26, 2009 Leave a comment

1. Dinar Sebagai Penyimpan Kekayaan.

Masyarakat di seluruh dunia mengiktiraf emas sebagai simbol kekayaan, kekuasaan dan kecantikan. Emas mempunyai nilai intrinsiknya yang tersendiri dan nilainya tidak mungkin menjadi sifar.

Selain itu, sifatnya yang cantik, sukar ditemui dan unik menyebabkan manusia menghargai emas.

Sejarah membuktikan bahawa emas merupakan penyimpan nilai terunggul apabila wang kertas mengalami kemerosotan nilai.

Dengan menyimpan sebahagian daripada aset anda di dalam bentuk emas, anda mempunyai insurans untuk melindungi kekayaan anda.

 

2. Untuk Membayar Zakat.

Sejak awal lagi, zakat dibayar menggunakan dinar dan dirham. Pembayaran zakat tidak pernah menggunakan wang kertas sehinggalah kejatuhan kerajaan Uthmaniyah.

Ini kerana zakat perlu dibayar menggunakan aset yang nyata, di dalam Bahasa Arab dipanggil “ain”. Zakat tidak boleh dibayar dengan janji untuk membayar (atau hutang, di dalam bahasa Arab dipanggil “dayn”.

Dinar dan dirham adalah termasuk dalam kategori ‘ain’ manakala wang kertas pula termasuk di dalam kategori ‘dayn’.

Wang kertas dipanggil ‘fulus’ kerana ia hanya mewakili wang dan ia tidak mempunyai nilai sebagai barangan.

Oleh yang demikian, adalah penting bagi umat Islam untuk beralih kepada dinar dan dirham sebagai medium pembayaran zakat.

 

3. Untuk Membayar Mas Kahwin.

Mas kahwin ialah dibayar oleh seorang suami kepada bakal isterinya. Ianya dibayar kepada isteri sebagai tanda menghormatinya dan juga menunjukkan kesungguhan mengahwininya seta tidak sewenang-wenangnya memasuki kontrak perkahwinan tanpa rasa tanggungjawab di pihaknya.

Di Malaysia misalnya, salah seorang artis popular yang menggunakan dinar sebagai mas kahwin ialah M Nasir ketika berkahwin dengan Marlia Musa. Mas kahwin mereka ialah 13 dinar.

 

4. Dinar Sebagai Hadiah.

Memandangkan emas mempunyai sifat cantik, sukar diperoleh dan mempunyai nilai intrinsiknya yang tersendiri, ia amat sesuai diberikan sebagai hadiah. Ini kerana emas begitu dihargai oleh manusia. Sebab itu kita boleh lihat generasi tua mewariskan barangan kemas kepada generasi muda, contohnya subang, rantai, gelang cincin dan sebagainya.

 

5. Sebagai Medium Pertukaran Yang Sah Bagi Urusan Jual Beli.

Emas ialah wang yang terunggul. Kenapa? Kerana ia memenuhi ciri-ciri sebagai wang. Ianya sukar diperoleh, cantik, mudah dibahagikan, mudah dibawa, diterima oleh seluruh manusia dan tidak boleh dimusnahkan.

Sejak 3000 tahun emas telah digunakan sebagai wang oleh manusia (syiling emas pertama ditempa di Lydia kira-kira 700 tahun SM). Fungsi emas yang utama telah dikenal pasti sebagai medium pertukaran yang unggul. Sejarah wang kertas dan logam murah yang tidak disandarkan kepada emas dan perak cuma bermula kira-kira 40 tahun (1970 sehingga sekarang)

 

Sumber : http://www.publicdinar.com

Advertisements

DINAR EMAS – DR. MAHATHIR MOHAMAD

September 11, 2009 Leave a comment

1. Ramai juga yang bertanya berkenaan Dinar Emas termasuk juga BBC yang mengadakan wawancara dengan saya baru-baru ini.

2. Apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa.

3. Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua matawang negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan matawang Amerika Syarikat.

4. Tetapi di tentukan juga yang nilai Dolar Amerika ialah sebanyak 35 Dollar untuk satu ouns emas. Ini bermakna secara tidak langsung semua matawang dinilai mengikut sekian banyak emas.

5. Di masa itu semua matawang adalah kukuh. Tetapi Britain, pada tahun 1966 telah turunkan nilai Pound British. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60.

6. Kemudian Presiden Richard Nixon membuat keputusan bahawa Dollar Amerika tidak lagi terikat dengan emas. Amerika telah tolak apa yang dipanggil sebagai “Gold Standard”. Amerika juga memutuskan bahawa pasaran akan tentukan nilai Dolar Amerika.

7. Tetapi negara-negara lain masih percaya akan kekuatan ekonomi Amerika dan meneruskan ikatan nilai matawang mereka dengan Dollar.

8. Satu lagi keputusan dunia antarabangsa ialah nilai dagangan antarabangsa ditentukan dengan nilai Dollar Amerika dan bayaran juga dibuat dengan Dollar Amerika. Ini menyebabkan permintaan bagi Dollar Amerika menjadi kuat dan sekali gus menjamin nilai Dollar Amerika tidak jatuh walaupun tidak lagi diukur dengan sekian banyak emas.

9. Pada satu masa dahulu bank besar dibenarkan mencetak dan mengeluarkan “Bank Notes” sebagai wang yang sah dipergunakan. Kemudian pemerintah mengambil alih pengeluaran matawang.

10. Bank mengeluarkan pinjaman daripada modal dan deposit oleh pelanggan. Kadang-kadang jumlah pinjaman melebihi wang yang ada dalam bank. Tetapi ini dihadkan. Walaupun demikian pinjaman yang dikeluarkan kerap kali jauh lebih banyak dari had yang ditentukan.

11. Apabila pendeposit mengeluarkan simpanan mereka beramai-ramai maka bank tidak mampu untuk membayar balik kepada pendeposit kerana semua wang telah diberi pinjam bahkan lebih daripada itu. Dalam keadaan ini bank mesti di selamatkan (bail-out) oleh Kerajaan.

12. Melihat bahawa bank boleh mengeluarkan pinjaman hampir tanpa had (unlimited) maka penyangak pun merancang untuk guna duit bank yang tidak terhad ini untuk meraih keuntungan atas angin. Maka berlakulah dagangan matawang, pinjaman kepada peminjam yang keupayaan membayar tidak terjamin, penjualan pinjaman yang dikeluarkan oleh bank kepada syarikat insurans dan syarikat gadaian (mortgage company) dan lain-lain. Jumlah semua transaksi ini amat besar, bernilai berbilion dolar. Apabila ramai peminjam tidak dapat bayar hutang atau servis hutang, maka mereka yang membeli pinjaman bank dapati mereka akan rugi berbilion dolar.

13. Dan banyak lagilah penyalahgunaan sistem bank Barat yang dilakukan. Demikian Amerika dengan kekayaannya yang besar sekalipun tidak dapat menampung berbilion dolar kerugian oleh bank, syarikat, insuran, syarikat mortgage, hedge funds, merchant dan investment bank dan lain-lain.

14. Sesungguhnya sistem bank dan matawang Barat sudah gagal. Dunia harus kaji untuk menggantinya dengan sistem lain termasuk perbankan Islam dan dagangan dengan matawang khusus seperti Dinar Emas.

15. Tidak seperti duit kertas emas tetap mempunyai nilai dimana-mana dalam dunia. Dinar Emas dicadang hanya untuk menyelesaikan bayaran dagangan antarabangsa.

16. Apakah ada cukup emas dalam dunia untuk dijadikan wang antrabangsa? Sudah tentu tidak.

17. Tetapi kita tidak perlu bayar dengan dinar emas sepenuhnya. Memadai jika kita bayar cuma lebihan antara import-eksport antara dua buah negara.

18. Jika sebuah negara mengeksport 100 juta Dinar kepada sebuah negara lain dan negara itu pula mengeksport kepada negara pertama barangan atau khidmat yang bernilai 110 juta Dinar, maka bayaran yang harus dibuat oleh Bank Negara negara yang pertama hanyalah 10 juta Dinar emas. Jika tidak ada Dinar Emas yang mencukupi maka bayaran boleh dibuat kemudian dengan eksport bernilai 10 juta Dinar.

19. Kita bukan sahaja boleh ada dagangan antara dua buah negara tetapi antara beberapa buah negara. Sebenarnya bank-bank mengguna cara ini untuk menyelesaikan bayaran cheque kepada beberapa bank yang telah terima dan mengeluarkan bayaran berasas kepada cheque lain-lain bank.

20. Sudah tentu akan ada banyak masalah pada permulaan. Tetapi pakar-pakar boleh cari jalan untuk selesaikan atau atasi kelemahan sistem Dinar Emas ini.

21. Bank Negara Malaysia pernah runding dengan sebuah negara lain dan penggunaan Dinar Emas memang boleh dilaksanakan. Tetapi entah kenapa Bank Negara Malaysia tidak dapat menjayakan sistem ini.

 

Source : http://chedet.co.cc/chedetblog/2008/11/dinar-emas.html

GOLD PRICE BREAKS THROUGH US$1000 BARRIER

September 9, 2009 Leave a comment

8 September, 2009: The gold price today broke through the ‘symbolic’ $1000.00/oz mark reaching $1004.50 on the 11am London price fix, and topping $1007 during morning trading. Before early September, the highest 2009 price was on 20 February when gold fixed (in the afternoon) at $989 and it has traded in the range $870 to $993 ever since, with an average price over that period of $879.

The rise translates to an annual increase of more than 21 per cent on the average price in September 2008, which was $829.93oz  

Aram Shishmanian, CEO of World Gold Council, commented:

“Reaching the $1000 mark once again shows that this price level is no longer the watershed for gold that it once was. The sustained demand we are seeing from investors is, however, not wholly about returns. Investors are turning to gold as they seek assets which preserve their wealth, whatever the financial weather. 2009 has seen record inflows into exchange traded funds and significant increases in retail demand for bars and coins as investors around the world took steps to diversify risk in a systematic way and improve their portfolios’ long term prospects.

“The stability in the gold price over the long term is testament to the diversity of gold’s

demand base, which insulates the price from movements in any single category or country. This is a luxury many other assets, more closely linked to industrial output or consumer spending, do not enjoy. This diverse demand base has helped support the price despite a pressure on jewellery demand driven by ongoing economic uncertainty and high local gold prices.”

Today’s $1000/oz record follows a sustained rise in price over the past seven years.

10 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MENUKAR WANG KERTAS KEPADA EMAS

September 7, 2009 Leave a comment

1. Tiada Susut Nilai Dan Inflasi.
Zaman nabi kita s.a.w kambing sedinar seekor, zaman sekarang pun masih sedinar seekor. Sedinar sekarang RM460 lebih kurang 1 dinar=4.25g. Wang kertas setiap hari susut nilai. Satu ketika dahulu, duit Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana 100,000 rupiah=RM35, dulu mahal lagi.

2. Bernilai Kerana Ia Logam.
Dipernilai kerana ia kertas yang dicop sahaja. Jika anda bank Negara (ada kuasa) anda pun boleh cop.

3. Laku Satu Dunia Setiap Masa.
Orang kemboja yang hijrah ke Malaysia kini kaya raya di Kelantan kerana menggadaikan emas mereka untuk dijadikan modal meniaga batik. Bayangkan kalau mereka bawa duit kertas negara mereka pada ketika itu, nescaya tak laku kerana negara mereka pada ketika itu kacau bilau. Laku waktu aman je. Contoh depan mata ialah Iraq. Selepas kejatuhan Saddam, wang ringgit Iraq  terus tidak bernilai.

4. Pelaburan Paling Terjamin Dan Menguntungkan.
Kos nak pergi haji tahun 2006 ialah 68 dinar tapi dijangka tahun 2009 hanya perlu 30 dinar sahaja. Jadi anda tak perlu tambah duit dan dapat pergi haji lebih ramai. Kalau anda menabung bentuk duit, nescaya anda perlu tambah lagi wang anda walhal anda nak pergi seorang je.

5. Pemimpin Negara Kita Adalah Penyimpan Dinar.
Mereka tahu tentang tipudaya wang kertas ini. Disimpan oleh rakyat. Beratur di bank sebulan sekali nak simpan duit 100 200. Jangan malukan diri anda lagi.

6. Negara China Adalah Penyimpan Emas Terbanyak Dunia.
Untung bisnes semua beli emas. China memang kuasa besar dunia tak lama lagi kerana mempunyai emas. Amerika negara pencetak wang kertas terbanyak dunia tanpa sandaran emas. Hanya cetak dan beli minyak dari Arab, beli alat pertahanan tapi sekarang, semua sudah tahu tembelang Amerika, cetak duit kertas tanpa emas, tak lama lagi akan down.

7. Layak Kena Zakat.
Dapat pahala. 85gram/20 dinar simpan baru wajib zakat. Zakat 2.125g /setengah dinar. Khilaf ulamak. Ada kata kena ada kata tak.(rujuk kitab risalah imam shafie). petikannya; tidak harus dikiaskan emas dan perak dengan duit ringgit (wang kertas) pada wajib zakat. 3 mazhab lain wajib zakat. Mazhab Shafie tak wajib..anda nak bayar juga, suka hati koranglah tapi taqlid mazhab selain shafie lah, kang tak pasai2 duit habis, amalan tak sah.

8. Keunikan Yang Ada Pada Umat Islam Tapi Tidak Digunakan.
Alat barat untuk mengambil kekayaan orang Islam seperti minyak, senjata,teknologi dan sebagainya.

9. Peningkatan Purata 11% Setahun Tanpa Susutnilai.
Rujuk http://www.kitco.com , susut nilai setahun 37%. Bonus ASB baru 7% setahun, rugi 30%. Tapi kita tak nampak, kita nampak kertas aku makin banyak.

10. Tiada Siapa Boleh Main Harga Kerana Ia Memang Berharga.
Alat paling bahaya kerana penyangak matawang sentiasa ada. Tak takutkah anda jika 100,000 anda di bank dibuang 3 kosong dibelakang menjadikan duit anda jadi 100 je. Tak mustahil kerana kertas semata-mata, ia hanya diperhargakan.

KEWAJIPAN MEMBAYAR ZAKAT EMAS DAN PERAK

September 4, 2009 Leave a comment

Emas dan perak adalah merupakan logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu.

Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderahati, ukiran atau perhiasan.

Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun. Nishab emas adalah sebesar 20 dinar emas. Satu dinar berat adalah 4,25 gram emas. Jadi, nisabnya adalah seberat 85 gram emas.

 

Dalil Wajib Zakat

Firman Allah s.w.t:

Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu

(Surah At-Taubah: 34-35)

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka”.

(Hadis riwayat Abu Hurairah)

Dalilnya adalah riwayat dari Ali bin Abi Thalib r.a. bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya,

“Apabila kamu memiliki 200 dirham yang telah mencapai masa haul, zakat yang wajib dikeluarkan darinya adalah 5 dirham. Kamu tidak berkewajiban apapun dalam emas, kecuali kamu mempunyai 20 dinar. Apabila kamu mempunyai 20 dinar yang telah mencapai haul, zakat yang wajib dikeluarkan darinya adalah 0.5 dinar (1/2 dinar)

(HR AbuDaud dan Baihaqi).

Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah SAW bersabda :

“Tidak ada seorangpun yang mempunyai emas dan perak yang dia tidak berikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosoklah lambungnya, dahinya, belakangnyadengan kepingan itu; setiap-setiap dingin, dipanaskan kembali pada suatu hari yang lamanya 50 ribu tahun, sehingga Allah menyelesaikan urusan hambaNya. “

Berdasarkan hadist-hadist diatas, maka nisab zakat emas adalah 20 misqal atau 20 dinar, sedangkan nisab perak adalah 200 dirham. Banyak perbedaan pendapat tentang 20 misqal tersebut setara dengan berapa gram emas, ada ulama yang menyatakan 96 gram emas, 93, 91, 85 bahkan ada yang 70 gram emas.

Menurut Yusuf al Qardhawi:

20 misqal adalah sama dengan 85 gram emas. Dua ratus dirham perak bersamaan 595 gram perak. Syarat wajib zakatnya adalah telah mencapai nisab dan haulnya.

 

Para ulama sepakat bahawa jika emas kurang dari 20 mitsqal dan tidak mencapai 200 dirham, zakatnya tidak wajib dikeluarkan karena emas tersebut tidak mencapai nisab. Emas sejumlah ini tidak bisa dihargai atau disetarakan dengan perak. Jika emas itu melebihi 200 dirham perak, maka kisaran zakatnya tetap 2.5 %.

Rasulullah S.A.W bersabda:

”Berikanlah seperempat puluh dari setiap 40 dirham, zakatnya 1 dirham. Kalian tidak berkewajiban apapun sampai kalian memiliki 200 dirham. Dengan demikian, ketika perak telah mencapai 200 dirham, maka kewajiban zakatnya sebanyak 5 dirham Jika jumlah perak lebih dari itu, dihitung dengan kadar tersebut (yakni 2,5%)

(HR al-Daruqutni).

Adapun perak, maka nisabnya adalah sebesar 200 dirham. Satu dirhamnya beratnya adalah 2.975 gram perak. Jadi,nisabnya adalah seberat 595 gram perak.

Dalilnya adalah riwayat dari Ali bin Abi Thalib r.a. bahwa Rasulullah saw.
bersabda,

” Maka keluarkanlah zakat perak, yaitu dari setiap empat puluh dirham sebesar satu dirham, tetapi tidak wajib kalau jumlahnya baru seratus sembilan puluh Sembilan dirham. Jika telah cukup dua ratus dirham, barulah kamu harus keluarkan zakatnya sebanyak lima dirham.”

(HR Ashabus Sunan).

Jadi, yang wajib dikeluarkan adalah seperempat puluh dari jumlah emas yang telah mencapai atau melebihi nisab. Jumhur ulama membolehkan penggabungan emas dan perak untuk menggenapkan jumlah nisab. Dengan demikian, emas boleh digabungkan dengan perak , begitu pula sebaliknya. Atas dasar ini, orang yang memiliki 100 dirham perak dan 5 mitsqal emas yang harganya sama dengan 100 dirham, wajib mengeluarkan zakatnya karena keduanya sama satu jenis.

 

Zakat Perhiasan


Ketika emas dan perak menjadi perhiasan yang dipakai, maka hukum mengeluarkan zakatnya menjadi pembahasan yang hangat diantara para ahli fikih. Dalam perhiasan, masalah zakat ada yang disepakati dan ada yang diperselisihkan.

Yang disepakati adalah bahwa tidak wajib zakat pada perhiasan yang berupa intan, berlian, mutiara, yaqut, dan batu-batu permata lainnya. Adapun yang mereka perselisihkan adalah perihal wajib tidaknya zakat perhiasan dari emas dan perak.

Perbedaan pendapat ini terbagi kepada dua. Pertama, pendapat yang memandang wajibnya zakat perhiasan dari emas dan perak. Ini merupakan pendapat Abu Hanifah r.h., Ibnu Hazm, dan lain-lain yang sependapat dengan mereka.

Dalil yang mereka gunakan adalah sebagai berikut

Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 34 yang artinya,

“Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih.”

Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam, yang artinya,“Dalam perak ada zakat sebanyak seperempat dari sepersepuluhnya (seperempat puluh).”

(HR Bukhari).

Sabda Nabi saw. yang artinya,

“Tiada pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan kewajiban zakatnya melainkan pada hari kiamat nanti akan disetrikakan padanya lempeng-lempeng dari api neraka.”

 (HR Bukhari, Muslim, dan lain-lain).

Dari A’isyah Radhiyallahu ‘anha, ia berkata, suatu ketika Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam datang kepadaku dan melihat di tanganku ada cincin-cincin perak, lalu beliau bertanya kepadaku:

“Apa ini hai A’isyah?” saya jawab, “Saya membuatnya agar aku berhias dengannya untukmu, wahai Rasulullah.” Beliau bertanya: “Apakah engkau keluarkan zakatnya?” aku jawab, “Tidak.” “Maa syaa Allah!” beliau berkata: “Itu sudah cukup memasukkanmu ke neraka.”

(HR Abu Daud, Daruquthni, dan Baihaqi, disahihkan oleh Albani).

 

Kaedah Kiraan Zakat Emas & Perak Bagi Negeri Selangor

1. Emas Perhiasan Wanita (Emas yang dipakai)

Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut.

Kadar uruf emas di Negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram

Contoh:
(Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
900 gram x RM50 = RM45,000 x 2.5% = RM1,125

2. Emas Yang Disimpan (Emas yang tidak dipakai)

Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.

Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram.

Contoh:
Timbangan emas x harga semasa x 2.5%
90 gram x RM50 = RM4,500 x 2.5% = RM112.50

3. Perak

Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih.

Contoh:
800 gram perak x RM0.90(segram) x 2.5% = RM18

 

Kaedah Kiraan Zakat Emas & Perak Bagi Wilayah Persekutuan

1. Emas Perhiasan Wanita (Emas yang dipakai)

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250gram
Uruf Emas = 150gram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram – 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9

2. Emas Yang Disimpan (Emas yang tidak dipakai)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh:

2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat    = RM 150

PERBANDINGAN PELABURAN EMAS DAN ASB

September 1, 2009 Leave a comment

1. Satu perkara yang jelas disini adalah pelaburan emas adalah berbentuk ‘capital gain’ iaitu kenaikan modal. Kita mendapat keuntungan apabila berlaku kenaikan modal ke atas sesuatu barang.

2. Manakala ASB adalah jenis ‘compound dividen’. Kita mendapat keuntungan berdasarkan peratusan dividen keatas modal kita.

3. Emas dan ASB merupakan aset kita yang berharga sekali. Tetapi kedua kumpulan ini adalah daripada jenis aset yang berbeza. Emas adalah fizikal aset dan ASB adalah paper aset.

4. Keburukan paper aset ini adalah aset anda hanya dinyatakan dalam buku pelaburan sahaja. Jika pelaburan anda dalam ASB bernilai RM100,000 maka ia hanya tercatat dalam buku sahaja.

5. Jika berlaku kecemasan, buku aset anda itu tidak akan diterima oleh mana-mana pihak atau syarikat. Itulah keburukan paper aset.

6. Manakala bagi Emas yang merupakan fizikal aset, aset anda dinyatakan dengan jelas melalui fizikal emas itu sendiri. Jika emas anda seberat 200gram, maka nilai barang anda itu adalah bernilai emas 200gram.

7. Jika berlaku kecemasan, fizikal aset amat penting sekali. Fizikal aset mudah sekali diterima ramai jika anda ingin menjualnya kerana orang ramai mengiktiraf nilai fizikal aset anda itu.

8. Pelabur yang bijak  perlu melibatkan diri dalam kedua-dua kelas aset ini. Dapatkan paper aset dan juga fizikal aset.

9. Ini kerana berdasarkan pelabur yang berjaya, mereka tidak fokus kepada satu jenis kelas aset sahaja. Mereka mempelbagaikan aset mereka.  Mereka berpegang kepada kata-kata ini ”Don’t put all eggs in one basket

5 SEBAB MENGAPA KITA PERLU MELABUR DENGAN EMAS

September 1, 2009 Leave a comment

Seperti yang kita sudah sedia maklum, emas memang menjadi sumber pelaburan paling selamat sejak dari zaman dulu lagi. Tetapi masih ramai lagi rakyat di Malaysia ini tidak menyedari akan kepentingan pelaburan emas ini.
Mengapa kita perlu menyimpan emas?

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan! Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung? Jika anda berkahwin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM122
segram!!

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? RM 5 sehari pun tidak cukup..

4. Aset yang terunggul
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
Emas  sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. RM 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.