PERBANDINGAN PELABURAN EMAS DAN ASB

September 1, 2009 Leave a comment

1. Satu perkara yang jelas disini adalah pelaburan emas adalah berbentuk ‘capital gain’ iaitu kenaikan modal. Kita mendapat keuntungan apabila berlaku kenaikan modal ke atas sesuatu barang.

2. Manakala ASB adalah jenis ‘compound dividen’. Kita mendapat keuntungan berdasarkan peratusan dividen keatas modal kita.

3. Emas dan ASB merupakan aset kita yang berharga sekali. Tetapi kedua kumpulan ini adalah daripada jenis aset yang berbeza. Emas adalah fizikal aset dan ASB adalah paper aset.

4. Keburukan paper aset ini adalah aset anda hanya dinyatakan dalam buku pelaburan sahaja. Jika pelaburan anda dalam ASB bernilai RM100,000 maka ia hanya tercatat dalam buku sahaja.

5. Jika berlaku kecemasan, buku aset anda itu tidak akan diterima oleh mana-mana pihak atau syarikat. Itulah keburukan paper aset.

6. Manakala bagi Emas yang merupakan fizikal aset, aset anda dinyatakan dengan jelas melalui fizikal emas itu sendiri. Jika emas anda seberat 200gram, maka nilai barang anda itu adalah bernilai emas 200gram.

7. Jika berlaku kecemasan, fizikal aset amat penting sekali. Fizikal aset mudah sekali diterima ramai jika anda ingin menjualnya kerana orang ramai mengiktiraf nilai fizikal aset anda itu.

8. Pelabur yang bijak  perlu melibatkan diri dalam kedua-dua kelas aset ini. Dapatkan paper aset dan juga fizikal aset.

9. Ini kerana berdasarkan pelabur yang berjaya, mereka tidak fokus kepada satu jenis kelas aset sahaja. Mereka mempelbagaikan aset mereka.  Mereka berpegang kepada kata-kata ini ”Don’t put all eggs in one basket

5 SEBAB MENGAPA KITA PERLU MELABUR DENGAN EMAS

September 1, 2009 Leave a comment

Seperti yang kita sudah sedia maklum, emas memang menjadi sumber pelaburan paling selamat sejak dari zaman dulu lagi. Tetapi masih ramai lagi rakyat di Malaysia ini tidak menyedari akan kepentingan pelaburan emas ini.
Mengapa kita perlu menyimpan emas?

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan! Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung? Jika anda berkahwin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM122
segram!!

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? RM 5 sehari pun tidak cukup..

4. Aset yang terunggul
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
Emas  sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. RM 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.

ANTARA EMAS KUNING DENGAN PUTIH : YANG MANA SATU MENJADI PILIHAN ANDA

September 1, 2009 Leave a comment

1. Kebiasaanya, bagi orang Melayu, mereka lebih sukakan cincin emas kuning. Ada yang memberikan alasan, kerana ianya lebih menyerlah. Dari jauh lagi, dah boleh nampak.

2. Namun, jika kita perhatikan trend masakini, ramai pasangan yang memilih emas putih sebagai cincin perkahwinan mereka. Alasannya, lebih elegan & si pemakainya akan nampak lebih muda.

3. Bagi saya, setiap jenis emas mempunyai keunikannya yang tersendiri. Ia melambangkan citarasa si pemakai. Bak kata orang, cantik ini subjektif. Ada orang nampak emas kuning lebih cantik, ada orang pula kata yang emas putih lebih sweet.

4. Jika anda masih teragak-agak untuk membeli emas putih atau kuning (kerana anda nampak kedua-dua design sama cantik sama lawa), mungkin tips di bawah boleh anda gunakan:

a. Fikirkan dari sudut praktikal.
Antara kedua-dua jenis cincin, yang mana satu anda rasa lebih praktikal untuk diri anda. Maknanya; adakah anda suka memakai cincin emas putih/kuning setiap hari sepanjang hidup anda?

b. Kesesuaian dengan fizikal anda.
Seperti, warna kulit, bentuk jari (runcing, kurus dan gemuk). Bukan setakat warna emas yang perlu anda fikirkan, malah anda juga perlu perhatikan perincian yang terdapat pada cincin itu; adakah ia sesuai atau tidak dengan anda.

c. Alergi.
Tidak semua orang mempunyai alergi terhadap barang kemas. Tapi bagi sesetengah kulit, mereka alah pada logam selain emas tulen (emas kuning). Buat pengetahuan anda, emas putih adalah campuran emas dengan nikel atau palladium. Sebab itu, bagi yang mempunyai alahan ini, kulit anda mungkin tidak dapat tahan dengan kandungan logam yang dicampurkan dengan emas tulen tersebut.

d. Bajet.
Sebenarnya, harga emas putih dan kuning tidak jauh beza. Kedua-duanya adalah berasal daripada jenis emas yang sama. Tetapi, yang membezakan keduanya mungkin dari sudut perincian. Seperti; jumlah permata, bilangan karat, cara potongan dsb. Walau apa-pun, stick to your budget.

TEKNIK PELABURAN EMAS – PEMURATAAN KOS (COST AVERAGING)

August 26, 2009 Leave a comment

1. Umumnya dalam jangkamasa yang panjang, harga emas akan naik. Dalam jangkamasa yang pendek pula, harga emas akan turun dan naik.

2. Oleh itu, teknik pemurataan kos sesuai digunakan untuk mendapatkan keuntungan melalui pelaburan jangkamasa yang panjang.

3. Contoh simulasi di bawah adalah dengan menggunakan Syiling Kijang Emas sebagai aset pelaburan

4. Tempoh yang digunakan pula adalah selama 5 tahun dari tahun 2004 hingga 2008.

5. Walaupun contoh yang diberikan di bawah menggunakan Syiling Kijang Emas, anda boleh juga mempraktikan teknik ini menggunakan emas lain seperti Emas Public Gold.

6. Contoh menggunakan Syiling Kijang Emas sengaja digunakan kerana anda boleh melihat sendiri harga-harga yang digunakan di bawah adalah harga sebenar pada tarikh yang disebut.

7. Anda boleh menyemak harga semasa dan harga yang lepas Syiling Kijang Emas melalui laman di bawah :

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

  

Simulasi Teknik Pemurataan Kos

1. Katakan anda membeli 3 keping Syiling Kijang Emas setiap tahun bermula dari tahun 2004 hingga 2005.

2. Tarikh pembelian adalah pada awal bulan Februari, Mei dan Ogos. Bulan-bulan ini dipilih secara rawak sahaja sebagai contoh.

3. Jadual di bawah adalah berdasarkan harga jualan sebenar pada tarikh berkenaan :

Tahun 2004

Tarikh Harga Sekeping Kijang Emas (RM)
4 Februari 1,611
5 Mei 1,585
2 Ogos 1,586
Purata Harga Sekeping Kijang Emas 1,594

Tahun 2005

Tarikh Harga Sekeping Kijang Emas (RM)
1 Februari 1,701
3 Mei 1,731
1 Ogos 1,703
Purata Harga Sekeping Kijang Emas 1,712

Tahun 2006

Tarikh Harga Sekeping Kijang Emas (RM)
2 Februari 2,263
2 Mei 2,508
1 Ogos 2,462
Purata Harga Sekeping Kijang Emas 2,411

Tahun 2007 

Tarikh Harga Sekeping Kijang Emas (RM)
2 Februari 2,429
3 Mei 2,439
1 Ogos 2,438
Purata Harga Sekeping Kijang Emas 2,435

Tahun 2008 

Tarikh Harga Sekeping Kijang Emas (RM)
4 Februari 3,111
2 Mei 2,845
1 Ogos 3,149
Purata Harga Sekeping Kijang Emas 3,035

4. Purata sekeping Syiling Kijang Emas yang dibeli dari tahun 2004 hingga 2008  adalah :

(RM 1,594 + RM 1,712 + RM 2,411 + RM 2,435 + RM 3,035) / 5 = RM 2,237

5. Katakan pada 19 Februari 2009 anda hendak menjual kesemua Syiling Kijang Emas.

6. Oleh itu, keuntungan anda adalah seperti berikut :

  • Harga belian pada 19 Februari 2009 = RM 3,812
  • Purata harga Syiling Kijang Emas yang telah anda beli = RM 2,237
  • Keuntungan sekeping Syiling Kijang Emas = RM 1,575
  • Keuntungan 15 keping Syiling Kijang Emas = RM 23,625

7. Dalam jangka masa 5 tahun, keuntungan yang anda jana adalah sebanyak 70% atau 14% dalam jangkamasa setahun.

TEKNIK PELABURAN EMAS – BELI PADA HARGA MURAH DAN JUAL PADA HARGA MAHAL

August 25, 2009 Leave a comment

1. Apabila berbicara mengenai pelaburan, terdapat pelbagai bidang pelaburan seperti pelaburan dalam bidang hartanah, amanah saham, komuditi, insuran, simpanan, stocks, dan lain-lain lagi.

2. Bentuk pelaburan di atas boleh dibahagikan lagi ke sub-sub bidang. Contohnya, pelaburan dalam bidang saham amanaha boleh dibahagikan kepada dana aggressive growth , dana sektor, dana indeks dan lain-lain lagi. Bidang hartanah boleh dibahagikan kepada rumah sewa, hotel, pejabat komersial dan lain-lain lagi.

3. Seperti juga bidang-bidang pelaburan, terdapat juga teknik-teknik yang berbeza bagi mengimplimentasikan pelaburan tersebut.

4. Antara teknik/prosidur pelaburan adalah seperti beli & jual, jual & beli, pemudaratan kos, simpanan dan lain-lain lagi.

5. Seseorang yang  hendak membuat pelaburan hendaklah memilih teknik yang sesuai dengan matlamat pelaburan tersebut. Matlamat itu merangkumi keuntungan yang hendak dijana dan tempoh masa samada untuk jangkamasa yang pendek, sederhana atau panjang.

6. Teknik asas yang paling senang ialah beli & jual. Beli pada harga murah dah jual pada harga mahal.

7. Oleh kerana blog ini mengfokuskan kepada emas, contoh di bawah adalah mengenai pelaburan Syiling Kijang Emas menggunakan teknik beli pada harga murah dan jual pada harga mahal.

  

Simulasi Teknik Beli Pada Harga Murah dan Jual Pada harga Mahal.

1. Katakan pada bulan Jun 2008 anda membeli 4 keping Syiling Emas Kijang (1 troy ounce) pada harga jual RM3,017 sekeping. Jadi jumlah pelaburan anda adalah 4 X RM3,017 = RM12,062.

jun2008

2. Anda perlu menunggu masa yang sesuai untuk menjual kembali Syiling Emas Kijang tersebut untuk mendapat keuntungan.

3. Daripada gambarajah di atas, perbezaan harga jual dan harga beli adalah 3.2%. Maka untuk mendapat semula modal, kenaikan harga mestilah sebanyak 3.2% juga.

4. Selepas setahun berlalu, pada Jun 2009 harga beli sekeping Syiling Emas Kijang adalah seperti berikut :

jun2009 

5. Anda akan menjual emas anda pada harga beli iaitu RM3,488 sekeping.

6. Berapa keuntungan anda?

  • Harga beli sekeping RM3,017
  • Harga jual sekeping RM3,488
  • Keuntungan sekeping (harga beli – harga jual) = RM471.00
  • Kuantiti Syiling Emas Kijang yang anda miliki = 4 keping
  • Jumlah keuntungan : 4 keping X RM471.00 = RM1,884

7. Dalam masa setahun, anda boleh mendapat keuntungan sebanyak RM1,884.00 dengan modal yang bernilai RM12,062 sahaja. Ini bersamaan 15.6% keuntungan dalam masa setahun.

GADAIAN EMAS DI BANK RAKYAT

August 19, 2009 Leave a comment

Gadaian di Bank Rakyat terbahagi kepada 2 jenis skim :

  1. Gadaian Ar Rahnu (Sekiranya jumlah pinjaman di bawah RM 5,000.00)
  2. Gadaian Az Zahab (Sekiranya jumlah pinjaman RM 5,001.00 hingga RM 50,000.00)

Syarat -syarat :

  1. Terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas.
  2. Tidak Muflis
  3. Menggunakan konsep Al wadiah dan Qardul Hassan
  4. Emas yang diterima adalah 18k-24k

 

Gadaian Ar rahnu

  • Pinjaman sebanyak 65% dari jumlah harga emas yang digadaikan pada hari itu (Marhun).
  • Tempoh pembayaran sehingga 6 bulan sahaja. Walaubagaimanapun tempoh pembayaran boleh di tangguhkan sehingga gandaan 6 bulan dengan syarat upah simpan perlulah di jelaskan.
  • Setiap barangan yang disandarkan tidak boleh melebihi nilai RM 5,000.00 sehari dengan jumlah terkumpul adalah sebanyak RM 25,000.00.

 

Gadaian Az-Zahab

  •  Pinjaman sebanyak 65% dari jumlah harga emas yang digadaikan pada hari itu (Marhun).
  • Setiap barangan yang disandarkan tidak melebihi nilai RM 5,001.00 sehari dengan jumlah terkumpul adalah sebanyak RM 50,000.00.
  • Pembayaran balik pinjaman adalah selama 36 bulan atau secara lumpsum dalam tempoh 6 bulan.

 

Jadual upah simpan yang dikenakan setiap pinjaman yang diberikan adalah seperti berikut:

Jenis Pinjaman Kadar Pinjaman Kadar upah bulanan bagi setiap RM100 yang di bagi pinjam
Ar-Rahnu Kurang RM1,000 RM1,001 – RM5,000 RM 0.65 RM 0.75
Az-Zahab RM5,001 – RM50,000 RM 0.75 

  

Contoh simulasi gadaian di Bank Rakyat :

1. Katakan anda mempunyai emas Public Gold sebanyak 100 gram yang bernila RM11,200 dan anda mahu mengadaikannya.Berapakah upah simpanan yang dikenakan?

2. Disini nilai marhun adalah RM11,200. Maka ia dikategorikan pinjaman Az-Zahab. Jadi kadar upah bulanan bagi setiap Rm100 adalah RM0.75.

 RM11,200/RM100 X RM0.75 =  RM84.00 sebulan.

3. Dengan nilai barang sebanyak RM11,200 anda akan diberi pinjaman sebanyak RM7,280 (65% dari nilai marhun) dan perlu dibayar kos simpan sebanyak RM84.00 untuk sebulan.

  

Sumber : http://www.bankrakyat.com.my/

GADAIAN EMAS DI AGRO BANK

August 19, 2009 Leave a comment

Skim Ar-Rahnu

agro ar-rahnu

1. Bank memberi pinjaman berdasarkan prinsip Syariah Al-Qardul Hassan iaitu pinjam RM10,000 bayar balik RM10,000. Pinjaman yang diberi hendaklah bercagar.

2. Cagaran yang diambil adalah barang kemas. Barang kemas ini disimpan oleh Bank berdasarkan Al-Wadiah Yad Dhamanah dan dijamin keselamatannya. Barang kemas yang disimpan dikenakan sedikit upah (Al-Ujrah).

 3. Kelayakan

  • Terbuka kepada semua individu atau bukan individu warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.

4. Had Kemudahan/Gadaian

  • Maksimum RM50,000 @ RM10,000 / hari
  • Minimum RM100

5. Tempoh Kemudahan/Gadaian

  • 6+3+2 bulan (Tempoh gadaian pertama ialah 6 bulan, boleh dilanjutkan 3 bulan lagi dan lanjutan tempoh terakhir selama 2 bulan).

6. Jenis Barang Gadaian

  • Semua jenis barang kemas yang diperbuat daripada emas seperti : Rantai, Subang, Cincin, Gelang tangan, Gelang kaki, Kerongsang dan lain-lain.
  • Emas paun dan emas putih (Platinum) tidak diterima oleh Bank

7. Kadar Upah Simpan

Kadar Pinjaman  Kadar Upah Sebulan Bagi Setiap RM100 Nilai Marhun 
50%  dari nilai emas RM 0.50
60% dari nilai emas RM 0.60
70% dari nilai emas RM 0.570

8. Penebusan Gadaian

  • Penebusan gadaian boleh dibuat secara ansuran; atau
  • Sekaligus ; atau
  • Pada bila-bila masa sebelum ; atau
  • Pada tarikh matang.

9. Lanjut Tempoh Gadaian

  • Bawa Surat Akuan Gadaian dan bayaran upah simpan.

10. Kehilangan Surat Akuan Gadaian

  • Bawa surat Akuan Sumpah yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan salinan Surat Akuan Gadaian akan diberikan tanpa caj tambahan

11. Kelebihan Skim Ar-Rahnu 

  • Pembiayaan mengikut Syariah
  • Cepat, mudah dan selamat. Barang kemas dijamin keselamatannya
  • Lebih murah berbanding pajak gadai konvensional
  • Kadar upah tetap tidak berubah sehingga penebusan penuh
  • Tempoh gadaian lebih lama
  • Tiada denda
  • Lebihan hasil lelongan dikembalikan kepada penggadai

 

Sumber : http://www.agrobank.com.my/